6 Kesilapan Pemasaran Digital di Malaysia Anda Patut Elak

Pemasaran digital merupakan strategi terbaik untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan anda

Source: Unsplash

 

Walaupun kebanyakan konsep pemasaran digital agak straightforward, pemasaran digital ini bukan senang ya! Bila sebut pemasaran digital je, ramai peniaga SME stres kerana mereka bertanggapan kempen digital merupakan proses yang mahal untuk perniagaan yang besar-besar sahaja.

Namun, itu sebenarnya mitos semata-mata!. Pemasaran digital sebenarnya boleh diubahsuai mengikut bajet anda, dan boleh diaplikasikan oleh perniagaan tak kira saiz. 

Terdapat pelbagai strategi dan kaedah pemasaran digital yang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan perniagaan kecil dan sederhana.Pemasaran digital juga boleh menjadi proses yang lebih mudah jika anda mempunyai strategi atau fokus yang jelas dan teratur serta mempunyai pemahaman yang baik tentang khalayak sasaran anda.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai peniaga SME yang menggunakan pemasaran digital tanpa ilmu secukupnya. Ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai jenis kesilapan yang lama-lama boleh mengakibatkan pembaziran. 

Takut tak? Jangan risau! Sebagai salah satu digital marketing agency yang terbaik di Kuala Lumpur, Primal Malaysia akan kongsikan senarai salah-silap pemasaran digital yang anda mesti elak!

6 Kesilapan Pemasaran Digital Dalam Perniagaan Anda

1. Tidak Memahami Target Audience 

Bergantung pada perniagaan anda, target audience atau kumpulan sasaran anda mungkin berbeza. Memahami khalayak sasaran anda penting kerana kempen pemasaran digital terutamanya digital ads lagi efektif bila ia spesifik.Sebagai contoh, dalam sebuah perniagaan produk kecantikan anti-penuaan, khalayak sasaran anda mungkin akan terdiri daripada wanita berusia lewat 30-an. 

Sangat penting untuk memahami siapa  sasaran anda:apakah demografi, minat, dan kebiasaan mereka? Di manakah mereka dalam customer journey? Adakah mereka baru mengenali jenama anda ataupun mereka dah berminat untuk membeli salah satu daripada produk anda?. Tanpa pemahaman yang baik mengenai khalayak sasaran, kemungkinan besar strategi pemasaran digital dan pemasaran media sosial anda kurang berkesan.

2. Mengabaikan servis SEO 

SEO atau search engine optimization digunakan untuk menjana trafik organik untuk laman web perniagaan anda. SEO menggunakan kuasa algoritma mesin carian Google dan menunjukkan perniagaan anda di ruang atasan pada halaman web keputusan enjin carian sekiranya anda mengguna-pakai taktik SEO seperti penggunaan kata kunci yang betul, teknikal SEO dan penghasilan konten yang relevan.

3. Tidak Memanfaatkan Media Sosial

Media sosial memainkan peranan yang penting dalam pemasaran digital. Jika anda tidak memaksimakan kekuatan media sosial, anda mungkin kehilangan peluang untuk menjangkau khalayak sasaran anda. Terdapat berbilion pengguna media sosial di seluruh dunia,jadi pemasaran di media sosial akan memberi anda akses kepada pasaran yang besar untuk perniagaan anda . Media sosial juga membolehkan anda mencapai sasaran demografi tertentu dengan mudah, seperti usia, jantina, lokasi, dan minat.

Media sosial memainkan peranan yang semakin penting dalam pemasaran digital. 

Source: Unsplash

4.Tiada Pemantauan Kempen

Memantau dan mengukur keberkesanan kempen pemasaran digital sangatpenting kerana ia membolehkan pemasar untuk mengetahui apa yang berfungsi dan apa yang tidak dalam strategi pemasaran mereka. Ini membantu mereka membuat keputusan berdasarkan data dan statistik yang diperoleh daripada pengukuran. Oleh itu, anda boleh mengemaskini strategi atau kempen anda  untuk meningkatkan keberkesanan pemasaran digital .

Tanpa pengukuran dan pemantauan, anda tidak akan tahu progress anda dalam mencapai matlamat pemasaran . Anda juga  mungkin akan kehilangan peluang untuk memperbaiki kempen, mengurangkan kos pengiklanan, dan meningkatkan jangkauan dan conversion daripada strategi pemasaran digital anda. Dalam jangka panjang, kegagalan untuk memantau dan mengukur keberkesanan kempen boleh mengakibatkan kerugian dan meningkatkan kos  pengiklanan anda 

5.Mengharapkan Keputusan Tak Realistik

Of course, bila kita melabur kos dalam sesuatu inisiatif baru, mesti lah kita nak keputusan instant , tetapi, realitinya strategi pemasaran digital memerlukan masa yang secukupnya untuk membuahkan hasil Ada saje jenis pemasaran digital yang mempunyai efek yang agak cepat seperti pemasaran PPC  tapi tak lah cepat sangat 

Untuk strategi pemasaran digital yang berkesan, ia perlu diberi masa dan tenaga – ia memerlukan Tender Love and Care (TLC) . Malah, strategi pemasaran terbaik pun tidak menjamin kejayaan yang instant sebab ia perlu selalu diselaraskan mengikuttrend yang sentiasa berubah dalam ruang digital! Jadi sebelum anda berputus asa dengan kempen pemasaran digital anda, pastikan anda memberikan masa dan sumber yang cukup untuk hasil yang anda inginkan.

6. Tidak Menggunakan Servis Agensi Pemasaran Digital

Tak kira lah SME ke, perniagaan besar ke, MNC ke ramai yang mungkin nak try buat pemasaran digital secara “in-house” dahulu sebab nak menjimatkan kos. Walau Bagaimanapun Kalau tersalah taktik, anda boleh menyebabkan lebih banyak kerugian! Oleh itu, kolaborasi dengan sebuah agensi pemasaran digital boleh membantu perniagaan anda mencapai hasil  dengan keberkesanan kos!

 

Agensi Mana? Primal Malaysia lah! 

Pemilihan agensi pemasaran digital yang tepat dapat menjadi kunci kejayaan dalam mencapai matlamat pemasaran digital perniagaan anda. Agensi pemasaran digital yang baik mempunyai pakar dengan pengetahuan yang mendalam tentang teknik dan strategi pemasaran digital terbaru. 

Di Primal Digital Marketing Agency Malaysia, kami sedia membantu dengan perkhidmatan kami yang luas! Daripada Google Ads ke SEO, kami dapat membantu menjimatkan waktu dan kos supaya anda dapat mencapai objektif dan keuntungan berkali-ganda! Tunggu apa lagi? Hubungilah kami hari ini!