Adakah Pemasaran Video Berkesan Untuk Perniagaan SME Anda?
Tahukah anda video antara format paling popular dengan pengguna sosial media?
Guna pemasaran video untuk menarik minat pelanggan.
Memang patut bisnes atau agensi pemasaran digital mengguna format ini untuk menarik minat pelanggan!
Bisnes atau agensi yang lambat menawarkan video sebagai format untuk memasarkan barangan dan servis boleh rugi besar pada masa hadapan, terutamanya dengan data yang menunjukkan populasi Malaysia memang lebih suka menonton video dari membaca artikel atau konten tertulis.
- 72% perniagaan mengatakan video telah menaikkan conversion rate (Sumber: Wyzowl)
- 52% pengguna mengatakan menonton video tentang produk membuatkan mereka lebih yakin dengan pembelian online (Sumber: Invodo)
- 95% penonton mengambil perhatian dan mengingati mesej apabila mereka menonton video berbanding hanya 10% ketika membaca teks (Sumber: Pop Video)
- 43% orang berminat untuk melihat lebih kandungan video daripada marketers (Sumber: HubSpot)
- 64% pengguna melaporkan mereka akan membeli produk online selepas menonton sebuah video tentang produk atau brand tersebut (Sumber: HubSpot)
Sebelum memahami kebaikan dan jenis video yang boleh diguna untuk pemasaran video, kita kena tahu dulu: apa itu pemasaran video?
Apa itu Pemasaran Video?
Pemasaran video strategi baru dalam “online marketing” di mana iklan, promosi atau lain-lain ditayangkan melalui video.Â
90% masyarakat Malaysia kini lebih gemar menonton video berbanding membaca. So, memang betul lah membuat video satu strategi pemasaran yang lebih relevan!
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penonton lebih ingat dan gemar dengan kandungan video: video marketing yang boleh menyentuh emosi lebih “memorable” pada mata pelanggan.Â
Sekarang, jom bincangkan jenis video yang anda boleh buat sendiri dengan team marketing in-house anda!
Jenis-jenis Video Marketing Yang Popular
- Social Media Live (siaran langsung)
Gunakan kemudahan siaran langsung (live video) Facebook dan Instagram untuk terus berinteraksi dengan pelanggan melalui platform tersebut.
Bolehlah berkomunikasi dengan pengguna sosial media secara dua hala.
Kelebihannya? Anda dapat mempromosikan produk dan bisnes tanpa membayar pihak ketiga untuk menghasilkan video tersebut, sekaligus menjimatkan bajet anda.Â
- Talk Show (bual bicara)
Talk show merupakan rancangan yang menggunakan beberapa orang yang berbual-bicara mengupas topik tertentu. Ini dapat memberi penjelasan tentang sesuatu topik kepada penonton.
Untuk berjaya dengan strategi video ini, anda perlu konsisten mengeluarkan video talk show mengikut jadual yang ditetapkan supaya penonton akan menanti-nantikan pengupasan dan pendedahan topik seterusnya.Â
Gunakanlah jenis video ini untuk mengupas tentang kelebihan produk atau jenama anda.Â
- Video Testimoni
Video testimoni merupakan strategi yang menggunakan review pelanggan lain. Kalau digunakan secara baik ia memang power dan efektif.
Prospek akan lebih yakin dengan jenama anda kerana video testimoni sama seperti feedback tulen daripada pengguna-pengguna lain. Ini meningkatkan penjualan produk dan memberikan bisnes anda keuntungan berganda-ganda!
- Video Jenama (Brand Video)
Pemasaran video atau “video marketing” sangat popular dalam kalangan pengguna atas talian.
Video jenis ini bertujuan untuk memperkenalkan jenama atau bisnes anda kepada penonton.Â
Tunjukkan kepada penonton cerita atau sejarah penubuhan jenama anda, prinsip atau nilai di sebalik perniagaan supaya mereka akan lebih suka dan yakin dengan perniagaan anda.
Satu teknik yang berkesan ialah menggunakan karakter animasi sebagai mascot kepada jenama atau bisnes anda. Lazimnya, penonton atau pelanggan akan mengaitkan karakter ini dengan produk dan servis anda. Sebagai contoh: Ronald Mcdonald yang menjadi mascot untuk syarikat Mcdonalds.Â
Ini menjadikan jenama anda lain daripada yang lain dalam kalangan bisnes dan produk yang dipromosikan kepada pelanggan atas talian setiap hari.Â
Apabila anda memilih video jenis ini, pastikan video itu mempunyai kandungan efektif, pendek, unik, dan kreatif.Â
- Video Penjelasan (Explainer Video)
Video jenis ini menjelaskan sesuatu aspek tentang bisnes atau servis anda.Â
Anda boleh berikan tips penggunaan atau menerangkan sejarah produk dan lain-lain.
Video penjelasan satu cara untuk menarik trafik ke web page anda dan mendapatkan pelanggan baru kerana mereka mendapat maklumat tentang produk dan servis dengan cepat dan mudah.Â
Contohnya, sekiranya terdapat langkah-langkah penggunaan untuk produk anda, demonstrasi melalui video lagi senang untuk difahami!
Ini satu teknik “soft sell” kerana ia mempromosikan bisnes anda secara halus.Â
Video penjelasan memberikan maklumat yang penting untuk membantu pelanggan. Melalui cara ini, anda juga dapat membina kesetiaan pelanggan kepada jenama dan bisnes anda, ataupun “brand & customer loyalty”.Â
6) Video Budaya Syarikat (Company Culture Video)
Sekiranya anda ingin menarik minat pelanggan Gen-Z, mereka lebih suka jenama atau bisnes yang memupuk budaya yang berkualiti dan holistik untuk pekerja-pekerjanya.Â
Social Media Today melaporkan bahawa bisnes yang memain emosi dan inspirasi mempunyai daya tarikan yang tinggi dan boleh mendapat 3 kali lebih banyak pemasaran “word of mouth”.
Menggunakan video untuk menghumanisasikan sesuatu produk atau bisnes sangat berkesan untuk imej anda.Â
Tunjuklah suasana atau wajah pekerja dan staf yang menerajui bisnes, produk atau servis supaya pelanggan akan membentuk connection dengan jenama anda.
Bisnes yang memain emosi dan inspirasi mempunyai daya tarikan yang tinggi untuk pemasaran “word of mouth”.
Kepentingan Video Marketing Untuk Perniagaan SME
Meningkatkan Brand Awareness
Pemasaran video dapat meningkatkan kesedaran pelanggan tentang bisnes anda dan boleh dilakukan secara percuma dengan tool-tool yang boleh dimuatturun. Anda dapat menjimatkan kos pengiklanan perniagaan terutamanya sekiranya anda seorang peniaga SME.Â
Ia juga dapat memberikan imej yang positif tentang jenama anda sekiranya anda dapat mengaitkan jenama anda dengan budaya kerja, prinsip dan kualiti sustainable.
Meningkatkan Engagement
Kandungan video satu konten yang sangat senang untuk dikongsikan dan di re-post. Ini dapat menarik trafik online dan engagement penonton.Â
Tapi ada satu kriteria! Anda mestilah konsisten upload video yang kreatif dan original dengan pelbagai variasi supaya penonton akan like dan share video tersebut.
Join the discussion - 0 Comment