Kenapa Anda Perlu tahu Apa Itu Agensi Pemasaran Digital Untuk SME Anda

Sebuah agensi pemasaran digital menggunakan kepakarannya untuk menjangkau pelanggan atas talian melalui saluran yang berbeza termasuk laman web, blog, e-mel, media sosial dan banyak lagi.

Dalam era digital ini, semua perniagaan nak viral di Internet, betul tak? Kalau anda pun nak, anda mestilah mengambil tahu apa itu Agensi Pemasaran Digital kerana syarikat-syarikat tersebut boleh membantu anda meningkatkan daya tarikan bisnes anda terutamanya di platform digital! Sebuah syarikat pemasaran digital datang dengan pendapat pakar serta perspektif dan idea baru untuk meningkatkan perniagaan anda dan kempen pemasaran dalam talian.

Sebagai sebuah Agensi Pemasaran Digital di Malaysia, Primal Digital Marketing Agency, mempunyai pengalaman bekerja dengan pelbagai jenis SME. Oleh itu, biarkan kami kongsi sedikit tips mengenai kepentingan agensi pemasaran digital ni dan macam mana anda nak tahu sekiranya perniagaan anda memerlukan kepakaran sesebuah syarikat seperti ini.

Jenis – Jenis Agensi Pemasaran Digital

Sebelum itu, tahukah anda terdapat pelbagai jenis agensi pemasaran digital dengan kepakaran dan tumpuan atau niche mereka sendiri. Sebagai contoh, agensi pemasaran perkhidmatan menyeluruh, atau full service digital marketing agency menawarkan rangkaian komprehensif dari segi perkhidmatan pemasaran digital, termasuk pembangunan laman web, pengoptimuman enjin carian (SEO), pemasaran media sosial, penciptaan konten dan pemasaran e-mel.

Nota: Primal Digital Marketing Agency merupakan contoh terbaik full-service digital marketing agency!

Contoh-contoh lain termasuk social media agency atau PPC agency. Agensi sebegini hanya fokus pada aspek tertentu dalam pemasaran digital seperti pemasaran social media, iklan PPC seperti Google Ads atau SEO sahaja. Oleh itu ia sesuai untuk SME yang ingin memperbaiki online presence mereka dalam bidang-bidang yang spesifik yang mungkin memerlukan sokongan khusus dalam aspek-aspek tertentu pemasaran digital. D

engan bekerjasama dengan agensi digital yang sesuai, jenama atau brand anda boleh mencapai matlamat pemasaran digital mereka dengan lebih berkesan dan cekap.

Tapi bagaimana agensi pemasaran digital ini boleh membantu brand anda?

Bukan mudah nak viralkan brand ni!

Source: Freepik

 

Mengapa Agensi Pemasaran Digital Penting Untuk Brand ?

Tengok brand-brand tempatan seperti Sugar Bomb dan Cubremi yang nampaknya telah berjaya dengan pesat pada masa yang singkat. Adakah mereka pun menggunakan kepakaran digital marketing agency untuk cepat viral?

Jangan salah sangka! Agensi Pemasaran Digital ini bukan untuk cepat viral je tau – ia sebenarnya boleh membantu perniagaan anda dalam pelbagai aspek. Antaranya:

Kepakaran

Agensi Pemasaran Digital yang profesional biasanya terdiri daripada pakar profesional yang mempunyai kecekapan dan pengetahuan khusus dalam bidang seperti web UX development, pemasaran media sosial, search engine optimization (SEO), dan penghasilan konten atau kandungan. Dengan bekerjasama dengan agensi digital, jenama anda dapat mengambil kesempatan daripada kepakaran mereka dan memanfaatkannya untuk meningkatkan online presence anda.

Sumber Teknologi dan Kewangan

Agensi digital mempunyai akses kepada pelbagai alat dan teknologi yang dapat membantu sebuah jenama meningkatkan usaha pemasaran dalam talian mereka. Sebagai contoh, mereka mungkin mempunyai akses kepada platform analitik yang canggih yang dapat membantu pengukuran atau analisis keberkesanan kempen mereka, atau sistem pengurusan kandungan yang dapat memudahkan mereka menghasilkan dan mengedarkan kandungan dalam pelbagai saluran. Mereka juga dapat menyelaras semua kempen-kempen, tak kira kempen media sosial atau periklanan dalam satu-satu akaun jenama – jadi anda tak perlu lagi pening kepala menguruskan perlaksanaan dan keputusan daripada kempen-kempen anda sendiri. 

Tumpuan Menyeluruh Terhadap Perniagaan Anda

Dengan bekerjasama dengan agensi digital, sebuah jenama akan diberi fokus seluruh pasukan staf dan pakar pemasaran digital. Jadi, SME anda akan dapat memberi sepenuh-penuh tumpuan kepada fungsi perniagaan lain yang penting, seperti operasi kewangan dan proses penjualan. Daripada menguruskan usaha pemasaran digital sendiri, anda akan dapat bergantung kepada agensi untuk mengendalikan strategi pengiklanan dan aspek-aspek marketing anda yang lain.

Penjimatan Kos

Kolaborasi dengan agensi digital satu pilihan yang kos-efektif bagi jenama SME. Daripada mengambil pekerja dan melatih bahagian pemasaran dalaman, syarikat anda dapat outsource usaha promkosi dan pemasaran digital kepada sesebuah agensi yang dapat menyediakan tahap kepakaran pada kos yang lebih rendah.

Penjimatan Masa

Apabila pakar pemasaran digital mengendalikan kempen pemasaran online anda, anda boleh menjimatkan masa dan menumpukan tenaga anda untuk mengoptimumkan bahagian-bahagian perniagaan teras yang lain. Dengan agensi luar yang menyokong anda, anda hanya perlu memberitahu agensi pilihan anda maklumat tentang perniagaan anda, matlamat atau objektif pemasaran, mesej jenama,  dan khalayak sasaran yang dipilih.

“Personal Treatment”

Agensi digital dapat menyediakan penyelesaian yang disesuaikan berdasarkan keperluan dan matlamat yang khusus bagi sesebuah jenama. Mereka dapat menganalisa online presence anda yang sedia ada, mengenal pasti kelemahan, dan peluang-peluang untuk penambah-baikan. 

Macam best kan kalau dapat berkolaborasi dengan digital marketing agency? Tapi, tunggu dulu! Sebelum anda pilih agensi untuk SME anda, terdapat beberapa kriteria yang anda perlu pertimbangkan.

Cara Nak Cari Agensi Pemasaran Digital Terbaik

Percaya tak, kalau kita cakap ada agensi pemasaran digital yang akan memenuhi segala kriteria dan kehendak pemasaran bisnes anda?

Walaubagaimanapun, dalam proses pencarian Agensi Pemasaran Digital, ada beberapa kriteria yang patut dipenuhi. Antaranya ialah pengetahuan web design dan SEO.

Memandangkan web design adalah satu aspek penting dalam pemasaran digital, Agensi Pemasaran Digital yang pakar harus mempunyai web designer yang berpengalaman. 

Selain daripada pembangunan laman web, memandangkan keperluan SEO untuk perniagaan di Malaysia semakin berkembang, agensi yang anda cari harus faham bahwa SEO adalah komponen utama untuk kempen pemasaran digital yang berjaya. 

Strategi SEO yang baik melibatkan tiga komponen utama: pengoptimuman dalam laman web, pengoptimuman luar laman web, dan penyelidikan kata kunci.Nak tahu SEO secara lebih mendalam? Baca blog Primal mengenai industri-industri yang perlukan servis SEO.

Banyak lagi kriteria yang perlu dipenuhi oleh agensi pemasaran digital, jadi anda perlu melakukan research anda sendiri berdasarkan matlamat pemasaran bisnes anda.

Biar Primal Malaysia Membantu Anda Mencapai Potensi Tertinggi

Jika anda keliru tentang strategi pemasaran digital yang sesuai untuk bisnes anda, mungkin lebih baik jika anda menghubungi sebuah Agensi Pemasaran Digital hari ini. 

Sebagai salah satu agensi pemasaran digital terulung di Malaysia, Primal Malaysia mencipta strategi digital yang dimaklumkan data untuk memberi penjualan, keuntungan, dan ROI untuk perniagaan anda. Jom, hubungi team kami untuk medapatkan proposal percuma hari ini!