Mitos & Fakta Tentang Konsep Pemasaran Digital
Bukankah dunia pemasaran digital menarik? Dengan pelbagai pilihan yang disediakan, strategi pemasaran digital boleh membantu perniagaan anda menjangkau khalayak sasaran anda dengan keputusan yang mungkin tidak dapat dicapai oleh kebanyakan strategi pemasaran tradisional.
Walau bagaimanapun, sangat penting untuk anda mengambil perhatian tentang kaedah pemasaran yang anda gunakan! Strategi pemasaran di era digital ini bukanlah one-size-fits-all.
Kembangkan Perniagaan Anda Dengan Konsep Pemasaran Digital Di Blog Ini
Source: Freepik
Dengan maklumat yang mengelirukan dan pelbagai mitos tentang pemasaran digital di luar sana, perniagaan sama ada menjadi takut atau putih mata terlalu cepat. Malah, perniagaan tertentu telah melaporkan tak nak mencuba pun strategi pemasaran digital kerana matlamat yang tidak terurus dan jangkaan yang tidak realistik.
Tetapi tahukah anda, pemasaran digital boleh juga menjadi satu lombong emas terutamanya bagi perniagaan komersial tertentu? Dalam blog ini, pakar Primal digital agency Malaysia akan membincangkan beberapa mitos pemasaran digital dan menyediakan anda dengan fakta yang penting tentang pemasaran jenis ini!
Table of Contents
Mitos Pemasaran Digital 1: Saiz Adalah Penting
PKS kadangkala fikir bahawa pemasaran digital hanya untuk perniagaan besar. Ini sama sekali tidak benar. Kalau PKS tak menggunakan strategi pemasaran digital yang tepat, macam mana nak berkembang menjadi perniagaan besar, betul tak? Tiada PKS yang terlalu kecil dengan bajet yang terlalu rendah untuk mula mendapatkan manfaat daripada kaedah pemasaran digital yang sesuai.
Banyak opsyen sekiranya anda ingin jimat kos – contohnya anda boleh memilih perkhidmatan search engine optimisation (SEO) yang kos-efektif berbanding pilihan pengiklanan berbayar (PPC ads).
Mitos Pemasaran Digital 2: Pemasaran Digital Hanya Sesuai Untuk Perniagaan Online
Pemasaran digital tidak terhad kepada perniagaan online. Malah, pemasar digital boleh memanfaatkan pelbagai platform pemasaran digital untuk mempromosikan kedai fizikal dan mencipta satu kehadiran online (online presence) untuk jenama tradisional. Terdapat banyak platform yang anda boleh gunakan untuk membina kesedaran jenama anda tanpa mengira industri atau tawaran produk atau perkhidmatan.
Mitos Pemasaran Digital 3: Pemasaran Digital Adalah Senang & Cepat
Dalam dunia yang utopia, satu kempen pemasaran digital akan mencapai hasil yang diharapkan dalam sekelip mata. Walaupun terdapat beberapa strategi pemasaran yang boleh meraih keputusan yang cepat seperti pay-per-click (PPC), tidak ada satu pun taktik yang ajaib! Semua taktik pemasaran digital akan mengambil tempoh masa yang tertentu untuk menunjukkan keputusan yang anda impikan.
Strategi Pemasaran Digital Perlukan Masa & Penyelidikan Untuk Menjana Hasil
Source: Freepik
Strategi pemasaran yang terbaik pun tidak mungkin menjamin kejayaan melainkan ia terus dioptimumkan dan diselaraskan untuk mengikuti trend yang sentiasa berubah dalam ruang digital! Jadi sebelum anda berputus asa pada kempen pemasaran digital anda, pastikan anda memberikannya masa dan sumber yang cukup untuk mencapai hasil.
Bacalah artikel kami untuk mengetahui lebih lanjut lagi perkhidmatan agensi pemasaran digital yang boleh membantu perniagaaan anda. Â
Mitos Pemasaran Digital 4: Pemasaran E-Mel Bergaya Lama
Sebenarnya pemasaran e-mel direct marketing atau EDM masih merupakan salah satu cara paling berkesan untuk kekal berhubung dengan pelanggan dan memastikan mereka mendapat maklumat terkini tentang tawaran terbaru anda. Kuncinya adalah untuk mencipta konten yang menarik yang tidak terlalu fokus kepada promosi jualan atau tidak terlalu membosankan atau generik!
Mitos Pemasaran Digital 5: Pemasaran Media Sosial Telah Hilang Relevansi
Media sosial masih merupakan salah satu platform paling mudah untuk perniagaan berhubung dengan pelanggan mereka melalui peranti mudah alih.
Tricknya di sini adalah untuk mencipta konten menarik yang akan menjana perbualan dan penglibatan daripada pengikut anda. Oleh itu, jangan takut untuk eksperimen dengan platform media sosial dan jenis konten yang berbeza untuk melihat taktik yang paling sesuai dengan khalayak anda.Â
Mitos Pemasaran Digital 6: Agensi Pemasaran Digital Bukan Keperluan
Mengupah agensi pemasaran digital boleh membantu anda mencapai hasil yang anda inginkan dengan lebih cekap dan berkesan.
Misalnya, Primal, sebuah agensi pemasaran digital di Kuala Lumpur terdiri daripada pakar dalam setiap aspek pemasaran digital, seperti pemasaran konten, SEO, PPC, SEM, dan macam-macam lagi. Jadi, dari sudut kewangan, ia sebenarnya lebih menjimatkan kerana anda tidak perlu mengupah pasukan pemasaran in-house sendiri dan strategi anda akan lebih efektif dan tersasar.
Cara Memilih Agensi Pemasaran Digital Yang Tepat
Pada penghujung hari, tak kiralah kalau anda pemilik perniagaan kecil atau jenama terkenal yang ingin kekal mendahului persaingan, pemasaran digital mungkin boleh membantu.
Hubungi Primal Digital Agency Untuk Servis Digital Marketing
Source: Primal Digital Agency
Jadi jangan percaya semua yang anda dengar tentang pemasaran digital. Perniagaan anda mungkin sesuai untuk dipasarkan dengan cara begini.
Hubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang servis digital marketing di Malaysia!
Join the discussion - 0 Comment