Tips Pemasaran Raya Untuk PKS
Masa dah dekat untuk Hari Raya Aidilfitri! Bagi pemilik perniagaan kecil dan sederhana (PKS) ini merupakan antara masa yang paling untung dari segi pemasaran.
Kajian telahpun membuktikan lebih ramai orang gemar membeli barangan kelengkapan Hari Raya atas talian. Selain daripada membeli pakaian, rakyat Malaysia juga akan sibuk melengkapkan barangan keperluan sambutan Hari Raya dengan membeli kasut, aksesori, makanan serta barang kemas.
Suasana bisnes online sangat kompetitif pada masa ini, jadi, anda sebagai pemilik PKS haruslah memanfaatkan peluang emas pemasaran dengan melakukan online marketing di Malaysia. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan beberapa tips penting yang boleh anda gunakan untuk pemasaran Raya bagi PKS anda.
Table of Contents
Tips Pemasaran Raya
1. Fahami Khalayak Sasaran atau Target Audience Anda
Kalau nak promosikan barang pada Hari Raya, anda perlu mendalami ciri-ciri unik khalayak sasaran anda. Fahami apa yang mereka perlukan dan citarasa mereka supaya kempen marketing anda dapat menarik perhatian. Promosikan produk dan servis anda sebagai solusi kepada masalah yang mereka hadapi. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual pakaian tradisional yang mesra bajet dan berkualiti untuk seluruh keluarga, anda boleh menguar-uarkan diskaun pakaian yang berkualiti kepada individu Melayu Muslim yang sudah berumah-tangga.
2. Penyelidikan Pasaran
Penyelidikan pasaran dilakukan dengan mengambil tahu ciri-ciri dan keunikan pesaing kepada perniagaan anda. Ini akan memberikan pelbagai idea yang anda juga boleh gunakan untuk mencipta strategi pemasaran yang berkesan, kerana kemungkinan besar pesaing anda mempromosikan barangan kepada khalayak sasaran yang sama. Anda juga boleh melihat apa yang mereka lakukan dengan baik dan mengambil contoh daripada mereka untuk memperbaiki strategi pemasaran anda sendiri.
3. Penggunaan Media Sosial
Pemilik PKS boleh menggunakan social media advertising melalui platform seperti Facebook, Instagram dan laman web sendiri untuk mempromosikan produk. Tapi, tak cukup sekadar mengiklankan produk pada media sosial sahaja.
Muat-naik poster, gambar, dan konten video Hari Raya yang akan menarik minat khalayak sasaran anda – pastikan konten anda berkualiti dan menepati citarasa followers dan pelanggan.
Anda juga harus memahami perbezaan taktik pemasaran di platform-platform media sosial yang berlainan (seperti Facebook atau Instagram advertising) supaya strategi anda lebih berkesan. Walaupun Facebook marketing di Malaysia agak popular, platform-platform seperti TikTok juga dibuktikan sangat berkesan untuk pemasaran produk.
Pastikan link-link yang disertakan dalam konten media sosial anda menuju ke laman web yang senang untuk diguna-pakai – ini bermaksud pengalaman membeli-belah atau user experience (UX) dalam talian laman web perniagaan anda mesti dinaik-taraf dari masa ke semasa.
4. Kupon Diskaun
Ini adalah salah satu cara terbaik untuk mempromosikan produk anda sempena Hari Raya, terutamanya jika tarikh simpanan stok produk hampir tamat. Menawarkan kupon diskaun dengan tawaran yang hebat kepada pelanggan melalui e-mel direct marketing atau media sosial merupakan strategi efektif untuk mendorong kadar penjualan yang tinggi.
Pastikan anda mengenali khalayak sasaran PKS anda untuk pemasaran Hari Raya yang efektif.
Source: Unsplash
5. Kemas Kini Produk Terbaru dan Eksklusif
Ramai peniaga lain akan mempromosikan produk mereka untuk Hari Raya – jadi kena lah tawarkan produk yang lain daripada yang lain! Tawar dan uar-uarkan produk terbaru dan eksklusif untuk memikat hati dan mata pelanggan untuk pastikan mereka membeli barangan persiapan Hari Raya daripada perniagaan anda. Ini juga memberi peluang untuk meningkatkan margin keuntungan kerana anda akan dapat menetapkan harga yang lebih tinggi untuk produk-produk yang lebih baru.
6. SEO Untuk Hari Raya
Selain itu, pastikan anda mengemaskini laman web anda dengan tips-tips SEO yang penting supaya laman web bisnes akan lebih relevan kepada pelanggan yang pastinya akan mencari barangan atau promosi Hari Raya di Google. Penggunaan SEO services di Malaysia semakin berkembang, oleh itu ambillah peluang ini untuk meningkatkan lagi prestasi SEO laman web anda.
7. Penjualan Secara “Live”
Menjalankan pemasaran Live di platform seperti Instagram dan TikTok adalah cara yang berkesan untuk menjangkau lebih ramai pelanggan sasaran. Ini juga membolehkan anda berinteraksi dengan pelanggan dan memahami keperluan dan keinginan mereka dengan lebih baik, secara langsung meningkatkan kesetiaan pelanggan kepada perniagaan anda. Tahukah anda, di negara China, penjualan secara “live” mengaut keuntungan sebanyak $600 bilion pada tahun 2022? Jadi, lebih baik anda mengguna-pakai taktik ini untuk promosi Hari Raya anda pada tahun 2023.
8. Kolaborasi Bersama Perniagaan Lain
Bekerjasama dengan pemilik atau pengusaha lain salah satu cara yang efektif untuk memperluaskan jangkauan pemasaran dan mencapai kumpulan pelanggan yang lebih diverse, terutamanya jika anda berkolaborasi dengan usahawan yang popular di media sosial. Ini juga boleh membantu anda meningkatkan keberkesanan kos kerana anda dapat berkongsi follower base dengan mereka.
9. Penyertaan Pameran atau Bazar
Pameran atau bazar Hari Raya satu avenue yang unggul untuk memperkenalkan produk anda kepada pelanggan baru dan membina hubungan dengan pelanggan yang sedia ada. Ini juga membolehkan anda berinteraksi dengan pelanggan berhadapan muka untuk memahami keperluan dan kehendak mereka. Pastikan anda mempromosikan kehadiran anda di pameran atau bazar Hari Raya yang popular supaya anda dapat peluang untuk menghasilkan konten yang boleh dimuat-naik ke media sosial perniagaan anda.
10. Influencer Marketing
Anda boleh menggunakan influencer-influencer yang hebat di sosial media melalui influencer marketing yang boleh membantu promosi Hari Raya anda. Kaedah ini berkesan untuk menjangkau sasaran pelanggan yang luas dengan kos yang rendah.
Anda juga dapat membina kepercayaan pelanggan kerana produk atau servis anda akan menerima testimoni influencer-influencer yang sudah pun mempunyai follower base yang setia. Salah satu contoh influencer marketing baru-baru ini ialah hashtag #balikraya yang dilancarkan oleh syarikat automobil terkemuka, Mitsubishi, menggunakan influencer yang popular. Kempen ini mendapat sambutan hangat oleh masyarakat kerana ia telah berjaya membangkitkan semangat nostalgia orang pulang ke kampung halaman setelah tiga tahun dilanda wabak Covid-19.
Primal Malaysia – Agensi Digital Untuk Kempen Hari Raya Anda
Kalau anda dapat melaksanakan tips-tips di atas, anda pasti akan berjaya menghasilkan strategi pemasaran Raya yang power. Walau bagaimanapun,lebih senang kalau anda menggunakan servis digital marketing oleh agensi premier seperti Primal Digital Marketing Agency Malaysia!
Kami boleh melaksanakan strategi-strategi spesifik yang tepat dan berkesan untuk mencapai objektif perniagaan anda yang unik. Hubungi kami sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang servis tawaran SEO, PPC, Social Media dan banyak lagi.
Tunggu apa lagi? Pastikan strategi pemasaran Hari Raya 2023 anda lebih masyuk bersama kami di Primal Malaysia!
Join the discussion - 0 Comment