6 Sebab Perniagaan Anda Perlu Pemasaran TikTok
Dengan lebih 1 bilion pengguna aktif di seluruh dunia, TikTok telah menjadi salah satu platform media sosial yang paling popular untuk dipasarkan oleh perniagaan. Ia bukan sahaja platform popular untuk Gen Z dan millennial, tetapi ia juga merupakan cara kos efektif untuk meningkatkan kesedaran jenama, mempamerkan produk anda dan membina komuniti pelanggan setia.
Dalam blog ini, kami akan membincangkan enam sebab perniagaan anda perlu mula pemasaran TikTok untuk mengembangkan perniagaan anda. Jom baca!
Table of Contents
Jangkau Audiens Yang Lebih Muda
Jangkau Audiens Yang Lebih Muda Di TikTok
Source: Pexels
Aplikasi TikTok amat popular dalam kalangan generasi muda, menjadikannya platform yang ideal untuk menjangkau pengguna Gen Z dan millennial. Jika target audiens anda terdiri daripada kumpulan ini, TikTok ialah tempat yang sesuai untuk berhubung dengan mereka.
Platform video ini merupakan lombong emas untuk pemasaran kerana lebih 60% pengguna TikTok berumur bawah 30 tahun. Bukan itu sahaja, mereka juga sangat terlibat dalam platfom ini dengan engagement yang tinggi. Setiap pengguna melayari TikTok selama kira-kira 52 minit sehari.
Ini bermakna anda bukan sahaja dapat menjangkau komuniti muda tetapi juga komuniti yang sangat aktif di platform tersebut, meningkatkan peluang mereka melihat dan mendalami konten anda.
Meningkatkan Kesedaran
Audiens besar di TikTok membolehkan perniagaan meningkatkan kesedaran jenama. Tidak kira dalam industri apa pun, terdapat peluang yang baik bahawa target audiens anda berada di TikTok. Ini memberikan peluang yang lumayan untuk perniagaan menjangkau audiens baru dan mengembangkan pangkalan pelanggan mereka.
Dengan mencipta video yang menyeronokkan dan menarik, mungkin konten anda akan ditunjukkan di FYP target audience anda – dari situ, bolehlah membina pengikut setia yang akan membantu menyebarkan info tentang perniagaan anda.
Penggunaan hashtag di TikTok juga boleh menjadi cara yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran untuk jenama anda. Dengan menggunakan hashtag yang relevan dan popular dalam video TikTok anda, anda boleh meningkatkan visibility konten anda dan menjangkau audiens yang lebih luas. Apabila pengguna mencari hashtag tertentu, mereka akan ditunjukkan semua konten yang telah ditandakan dengan hashtag itu, termasuklah video anda.
Ini boleh juga meningkatkan engagement pada video anda kerana pengguna yang klik pada satu-satu hashtag mungkin sudah berminat dengan topik hashtag tersebut. Jadi, lebih berkemungkinan mereka akan mendalami kandungan dalam video tu!
Pamerkan Produk Anda
Pamerkan Produk Anda Dengan Cara Yang Kreatif Dan Menarik Di TikTok
Source: Freepik
Menurut tinjauan baru-baru ini, 80% pengguna TikTok melaporkan mereka telah menemui produk dan jenama baharu di TikTok, menjadikan platform ini alat yang berkuasa untuk meningkatkan kesedaran jenama.Â
TikTok ialah platform yang hebat untuk mempamerkan produk anda dengan kreatif. Gunakan platform untuk mempromosikan produk baharu, membincangkan ciri-ciri bisnes atau produk anda yang lain daripada yang lain, dan menunjukkan cara-cara penggunaan.Â
Format unik TikTok yang menggunakan video pendek membolehkan perniagaan anda membuat pemasaran dengan pantas dan cekap.Â
Memudahkan Hubungan Dengan PelangganÂ
Dengan mencipta video yang bergema dengan target audiens anda, anda boleh membina pengikut setia pengguna yang ingin melihat konten anda. Followers setia juga lebih bersedia untuk berkongsi konten dengan rakan-rakan mereka – ini dapat meningkatkan lagi online visibiliy perniagaan anda. Gunakan platform media sosial ini untuk engage dengan audiens anda, menjawab soalan dan membina hubungan dengan mereka.
Selain itu, algoritma TikTok dicipta untuk memaparkan video yang diminati oleh pengguna, jadi jika anda mencipta konten yang bergema dengan target audiens anda, ia berkemungkinan besar akan dilihat oleh lebih ramai orang.
Keberkesanan Kos
Pemasaran TikTok Ialah Cara Mesra Dompet Untuk Menjangkau Audiens Yang Besar
Source: Unsplash
TikTok satu cara yang jimat kos untuk menjangkau audiens yang besar.Â
Anda tak perlu lagi membayar untuk ruang iklan seperti platform tradisional – TikTok membolehkan anda mencapai following besar secara organik, terutamanya sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad untuk strategi pemasaran.
Video TikTok lebih berkemungkinan menjadi viral berbanding platform lain kerana algoritma unik yang mengutamakan video yang kreatif dan tulen.
Jangkau Audiens Anda dengan Cepat
Salah satu kelebihan utama TikTok advertising ialah kelajuannya. Iklan berbayar di TikTok dapat meningkatkan kesedaran jenama dan menjangkau audiens yang lebih luas dengan lebih pantas. Anda dapat mencipta dan melancarkan kempen iklan dalam masa beberapa minit sahaja.Â
Selain itu, ciri pemasaran TikTok membolehkan anda membuat targeting secara lebih berkesan. Contohnya, anda boleh menyasarkan pengguna berdasarkan demografi seperti umur, jantina, lokasi, minat, dan tingkah laku. Ini bermakna bahawa iklan anda akan dilihat oleh orang yang mungkin sudah minat dengan produk atau servis jenama anda, menjadikan mereka lebih berkemungkinan untuk engage dengan konten anda.
Jika anda ingin memastikan pemasaran TikTok anda berkesan, anda harus menghubungi agensi yang berprestasi tinggi seperti Primal Digital Marketing Agency Malaysia. Di Primal, kami mempunyai pasukan pakar yang memahami trend terkini dan amalan terbaik dalam pemasaran TikTok.
Selain daripada TikTok,kami juga boleh membantu anda berjaya dengan perkhidmatan kami yang lain seperti pay per click advertising atau Facebook advertising. Apa tunggu lagi? Hubungilah kami untuk mengetahui lebih lanjut.
Join the discussion - 0 Comment