5 Sebab Strategi SEO Anda Selalu Gagal!

Pengoptimuman enjin carian (search engine optimisation) mungkin kelihatan seperti satu konsep yang sangat rumit tetapi ia sebenarnya senang je!

tarik minat khalayak sasaran anda dengan strategi seo

 Jangkau dan tarik minat khalayak sasaran anda dengan strategi SEO yang efektif

Source: Freepik

Apa itu SEO? SEO adalah singkatan bagi search engine optimization.

Ia menumpukan perhatian kepada user experience atau pengalaman pengguna semasa melayari laman web atau aplikasi anda. SEO boleh dilakukan dalam pelbagai cara – mudah dan teknikal. Mari lihatlah lima kesilapan strategi SEO yang perlu anda elakkan pada tahun 2023 untuk membantu perniagaan anda berkembang dan berdaya saing dalam dunia digital ini!

Kesilapan 1: Keyword Stuffing

Keyword stuffing merujuk kepada penggunaan kata kunci yang berlebihan dalam sekeping teks.

Berikut ialah contoh konten dengan kata kunci ‘alat mendaki terbaik’ yang mempunyai keyword stuffing.

“Kami mempunyai alat mendaki terbaik untuk hari musim panas! Ini adalah satu-satunya kedai di mana anda boleh mendapatkan alat mendaki terbaik, jadi dapatkanlah alat mendaki terbaik daripada kami!”

Nampak tak? Kata kunci ‘alat mendaki terbaik’ telah disumbat terlalu banyak kali dalam sebuah perenggan yang mempunyai jumlah perkataan yang kecil, menjejaskan “flow” konten anda. Konten tu dah nampak macam tak semulajadi kan? Kandungan sedemikian juga tidak menambah nilai kepada pembaca dan mungkin mengelirukan bakal pelanggan.

Kesilapan 2: Tidak Fokus Pada Niat Pengguna (User Intent)

Setelah anda mencipta persona jenama anda, anda perlu pertimbangkan perkara yang sedang dicari oleh pengguna dan cara mereka menggunakan mesin enjin carian sebelum anda merangka strategi SEO anda.

Dan jika anda tidak pasti, anda boleh minta maklum balas daripada khalayak sasaran anda.

penyelidikan untuk optimumkan strategi seo

Menjalankan penyelidikan tentang khalayak sasaran dan mengoptimumkan strategi pemasaran SEO anda satu taktik pemasaran yang efektif.

Source: Freepik

Aturkan temu bual dengan beberapa orang daripada khalayak sasaran anda untuk mengetahui motivasi di sebalik apa yang mereka cari di mesin enjin carian dan konten yang mereka baca. Ketahui istilah serta frasa yang mereka gunakan di mesin pencari seperti Google, Yahoo, dan Bing. Dengan maklumat berguna ini, anda boleh memadankan kata kunci anda dengan niat pengguna.

Sebagai contoh, katakan salah seorang pelanggan sasaran anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang strategi SEO untuk laman web kerana dia menguruskan laman web syarikatnya. Dalam kes sedemikian, anda boleh mula dengan mencari “Strategi SEO 2023″ di Google untuk memahami cara mengoptimumkan tapaknya untuk enjin carian.

Anda perlu fokus pada niat pengguna dan cuba letakkan diri anda dalam perspektif pelanggan anda untuk memenuhi keperluan dan menjawab pertanyaan mereka dengan lebih baik.

Kesilapan 3: Laman Web Anda Tidak Mobile-Friendly

Laman web mesra mudah alih penting untuk mendapat kedudukan yang tinggi di Google

Source: Freepik

Majoriti aktiviti pencarian di atas talian berlaku daripada peranti mudah alih. Ini menunjukkan bahawa, jika anda betul-betul serius tentang SEO, anda juga harus  mencipta laman web yang mobile-optimised dan responsif terhadap peranti mudah alih.

Laman web mesra mudah alih lebih mudah untuk dinavigasi. Ini memberikan user experience yang lebih baik dan kadar penukaran atau conversions yang lebih tinggi – sesuatu yang diimpikan oleh setiap peniaga terutamanya peniaga eCommerce.

Ini mempunyai pengaruh yang besar bukan sahaja pada potensi anda untuk mendapat kedudukan (ranking) yang lebih baik dalam halaman hasil carian (Search Engine Results Pages), tetapi juga pada kadar untung perniagaan anda.

Kesilapan 4: Tidak Mematuhi Garis Panduan SEO

Pematuhan kepada garis panduan SEO ialah komponen penting dalam mana-mana strategi SEO yang berkesan Google Search Console ialah tempat yang paling bagus untuk mengetahui tentang piawaian ini. Ia menggabungkan pelbagai tools, analisa, idea, dan cadangan untuk meningkatkan keterlihatan halaman web anda dalam halaman hasil carian. Ia juga membantu anda mengelakkan kesilapan SEO yang boleh menurunkan posisi anda di Google SERPs.

Beberapa aspek terpenting yang diliputi oleh garis panduan Google termasuk:

  • Konten berkualiti
  • Reka bentuk laman web
  • Prestasi teknikal
  • Kemesraan mudah alih

Kesilapan 5: Konten Berkualiti Rendah

Ini adalah kesilapan yang paling biasa dan serius yang dilakukan oleh kebanyakan para pemasar.

Walaupun penerbitan konten berkualiti rendah menjimatkan wang dan masa, ia tidak memberi manfaat kepada laman web atau pelanggan anda dalam jangka masa panjang.

Terbitkan kandungan kualiti tinggi dan relevan

Terbitkan kandungan berkualiti tinggi yang relevan dan berharga kepada pegguna

Source: Freepik

Mari lihat beberapa cara anda boleh mencipta konten berkualitas tinggi untuk laman web dan tingkatkan hasil daripada strategi SEO anda:

  1. Gunakan konten asal – Jangan tiru karya orang lain! Jika anda berbuat demikian, Google akan menghukum anda dengan penalti yang boleh menjejaskan kedudukan anda di SERPs. Cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini adalah dengan menulis konten yang original di website atau blog anda.

Jika anda tidak reti menulis konten, upahlah seseorang yang berkemahiran (penulis pekerja bebas ataupun penulis in-house).

  1. Tambah imej –Tambahkan imej resolusi tinggi pada artikel dan catatan blog anda supaya orang ramai boleh berkongsinya dengan mudah di platform media sosial seperti Facebook dan Twitter.

 

  1. Tulis artikel yang lebih panjang – Jika artikel mempunyai kurang daripada 500 patah perkataan, kemungkinan besar enjin carian seperti Google akan mengabaikan konten anda sepenuhnya apabila memutuskan kedudukan (ranking) laman web anda. Kenapa macam ni? Sebab pada kebiasaannya, konten yang mempunyai lebih banyak perkataan akan mempunyai lebih banyak kata kunci yang relevan. Jadi, mesin enjin carian akan lebih memahami konten laman web anda dan memadankan konten tu kepada pertanyaan pengguna yang menggunakan mesin carian tersebut untuk membuat sesuatu query.

 

  1. Konten Ditulis Untuk Pengguna – Konten anda mesti dioptimumkan untuk pengguna, dan bukan hanya enjin carian. Google akan berikan kedudukan yang tinggi kepada kandungan yang paling relevan kepada pengguna. Kalau ramai pembaca mendapati kandungan anda berguna dan relevan kepada mereka, lebih tinggi kedudukan anda pada SERP (Halaman Hasil Enjin Carian).

Akhir kata…

Orang ramai mahukan jawapan kepada query mereka dengan yang pantas. Tak best lah kalau para pengguna mendapati halaman tapak web anda tidak muncul di halaman pertama hasil carian Google atau tapak web anda lambat, ataupun penuh dengan maklumat yang tidak berkaitan. Mereka tidak akan kekal dan melawat tapak web yang lain.

jawapan query mesti pantas

Jika tapak web anda tidak pantas, pegguna akan tinggal dan cari laman web lain untuk jawapan mereka

Source: Freepik

Jika anda tidak pasti sama ada anda membuat kesilapan strategi SEO, anda boleh consult Primal Digital Agency Malaysia. Pakar kami akan menasihati anda tentang perkhidmatan strategi SEO untuk website anda yang boleh kick-start kejayaan syarikat anda.

Bukan tu saja! Primal mempunyai pasukan profesional berpengalaman yang boleh membantu anda dengan pelbagai perkhidmatan pemasaran digital daripada strategi SEO on-page seperti penyelidikan kata kunci SEO, strategi SEO off-page seperti link building, dan banyak lagi.

Hubungi kami sekarang!