Panduan Lengkap Untuk Menjadi Pakar SEO di Malaysia

Kerjaya pemasaran digital sangat trendy pada masa kini. Ini tidak menghairankan, memandangkan lebih banyak perniagaan beralih ke arah digitalisasi. Kerjaya dalam pemasaran digital pilihan bijak bagi mereka yang ingin kekal tabah dengan kemelesetan ekonomi global sekarang ni. 

Terdapat banyak aliran dalam pemasaran digital – salah satunya ialah SEO atau Search Engine Optimization yang semakin menonjol.

Mengapa?

Kemahiran SEO sangat diminati kerana ia membantu laman web syarikat dan perniagaan menduduki posisi yang lebih tinggi dalam halaman hasil enjin carian (Search Engine Results Pages atau SERP). Ini secara langsung meningkatkan trafik organik, jangkauan jenama, dan, pada akhirnya, penjualan dan untung. 

SEO sangat penting kerana sekarang ni, banyak perniagaan dan organisasi berpindah ke atas talian – jadi, persaingan untuk mendapat posisi dalam halaman search engine results pun kian meningkat. Memang ada lah keperluan untuk pakar SEO sekarang ni. 

Ketahui lebih lanjut lagi tentang mitos dan fakta tentang konsep pemasaran digital di sini.

search engine optimisation

Proses search engine optimisation semakin menjadi tarikan para pemilik SME

Source: Unsplash

Primal Malaysia juga merupakan sebuah agensi SEO yang profesional. Dengan kepakaran pasukan kami, perniagaan anda mampu dapat strategi SEO yang personalized

Tapi kami tak kedekut! Kali ini, kami akan mengupas mengenai cara untuk sukses sebagai seorang pakar SEO untuk para pembaca yang berminat!

Mahu Menjadi Pakar SEO?

Banyak faedah lain untuk menjadi pakar SEO di Malaysia. Yang utama adalah kestabilan pekerjaan! Kemahiran SEO akan sentiasa relevan selagi keperluan perniagaan untuk berubah ke arah digitalisasi ni wujud. 

Selagi perniagaan beroperasi dalam talian, mereka mesti memerlukan pakar SEO untuk membantu meningkatkan kedudukan di enjin carian. Kemahiran SEO boleh digunakan dalam pelbagai industri, dari e-dagang dan runcit hinggalah kesihatan dan kewangan.

Selain itu, pakar SEO juga boleh memperoleh gaji yang tinggi, terutamanya dalam industri yang sangat kompetitif. Tambahan pula, SEO satu bidang yang sentiasa berubah, dengan teknologi, algoritma carian baru, dan keywords ranking dikemaskini sepanjang masa. Jadi, nak dapat pakar yang betul-betul mahir ni mungkin agak susah. 

Jadi, permintaan untuk pakar SEO yang ulung sentiasa lebih tinggi daripada supply. Tapi kalau anda nak menceburi bidang ni, senang tak? Seperti bidang-bidang yang lain, menjadi pakar SEO memerlukan dedikasi, kerja keras, dan keinginan berterusan untuk belajar.

menjadi pakar seo

Agak-agak boleh jadi pakar SEO dalam satu malam tak?

Source: Unsplash

Perkara Yang Anda Perlu Ketahui Sebelum Menyelam Dalam Dunia SEO Malaysia 

Menjadi seorang pakar SEO ni memerlukan pembelajaran setiap hari. Namun, terdapat beberapa alat dan kemahiran asas SEO yang perlu anda ketahui untuk sebelum anda dapat berjaya dalam bidang teknikal ni.

1) Memahami Algoritma Enjin Carian

Sebagai seorang pakar SEO, memahami bagaimana enjin carian berfungsi penting untuk kejayaan anda. Sebagai contoh, mengetahui bagaimana Google menilai laman web dan faktor-faktor yang diambil kira dalam ranking halaman SERP seperti kata kunci yang digunakan, backlink, dan struktur laman web.

2) Keyword Research

Memahami cara melakukan kajian kata kunci dan mengenal pasti kata kunci yang paling relevan untuk perniagaan atau laman web adalah aspek penting dalam SEO. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, bacalah blog kami tentang kata kunci SEO dan kepentingannya.

3) On-page & Off-page Optimization

Ini termasuk mengoptimasi elemen seperti meta tag, header tag, dan kandungan laman web untuk memudahkan crawler enjin carian mencari dan mengklasifikasikan laman web anda. Optimasi off-page melibatkan link-building dari laman web lain untuk meningkatkan authority dan kepercayaan laman web anda.

4) Analitik

Pakar SEO perlu menjejaki prestasi usaha mereka dan mengukur impak setiap langkah SEO yang dilakukan. Anda perlu memahami alat analitik web seperti Google Analytics dan Google Search Console. 

5) SEO Teknikal & Local SEO

Memahami aspek teknikal servis SEO yang baik dan terperinci seperti struktur laman web, pengendalian, pengindeksan, dan optimasi mudah alih (mobile device optimization) penting untuk mengenal pasti dan memperbetulkan sebarang masalah teknikal yang mungkin mempengaruhi ranking enjin carian. 

Pengetahuan teknikal SEO juga melibatkan kemahiran local SEO dan bagaimana ia berfungsi dalam mempromosikan perniagaan di lokaliti-lokaliti tertentu. Contohnya, sebuah kedai kopi kecil bernama “Kedai Kopi Viral TikTok” di Bandar Baru Bangi boleh meningkatkan SEO tempatannya dengan menyelaraskan maklumat NAP dan mengoptimumkan senarai Google My Business. Dengan melakukan ini, “Caffeine Fix” dapat meningkatkan keterlihatan dalam hasil carian tempatan dan menarik lebih ramai pelanggan dari kawasan sekitarnya.

6) Optimasi Konten

Mencipta konten berkualiti tinggi yang relevan juga penting untuk kejayaan anda sebagai seorang pakar SEO. Anda perlu memahami bagaimana mengoptimumkan konten untuk dirank di halaman hasil mesin enjin carian. Salah satu cara ialah melalui posting blog SEO. Ini dapat meningkatkan penggunaan kata kunci relevan supaya laman web anda akan dijumpai oleh pengguna atas talian.

7) Mengikuti Update Terkini Algoritma

Enjin carian seperti Google sentiasa mengemaskini algoritma mereka, jadi pakar SEO perlu sentiasa mengikuti perubahan ini dan menyesuaikan strategi mereka sewajarnya.

Menjadi Pakar SEO di Primal Malaysia

Sebagai SEO agency yang ulung di sini, bolehlah hubungi kami kalau ingin menjadi pakar SEO di agensi kami.

Tak payah lagi risau tentang kelangsungan pekerjaan anda! SEO kan selalu in demand! Tunggu apa lagi? Jom sertai Primal Malaysia sekarang.