Robot Tulis Blog Anda? Teknologi AI SEO Terbaru!

 Sebenarnya apa itu teknologi AI? AI atau artificial intelligence (kecerdasan buatan) ialah simulasi proses kecerdasan manusia oleh mesin, terutamanya sistem komputer. Teknologi AI telah berintegrasi dalam banyak aspek kehidupan seharian kita seperti media sosial, chatbots, perbankan dan banyak lagi. Dalam pada itu, teknologi AI juga telah mula mainkan peranan dalam penjanaan konten. Kandungan yang dijana AI menjadi semakin biasa, kerana pakar-pakar SEO dan perniagaan menyedari faedah menggunakan teknologi AI yang boleh menjimatkan masa dan wang ini.

Google Mengenal Pasti Konten Dijana AI?

Konten yang dijana oleh artificial intelligence bukan hanya tertakluk pada bahan bertulis sahaja. Namun, ia juga termasuk gambar-gambar serta video. Semakin banyak perniagaan beralih kepada AI untuk pejanaan konten kerana ia boleh dilakukan dengan cepat dan murah. Dalam sesetengah kes, konten boleh dicipta secara automatik tanpa memerlukan penglibatan manusia.

Adakah teknologi AI yang lebih menjurus ke kekurangan pasukan penulis dan pereka grafik?

Source: Pexels

 

Faedah Teknologi AI Untuk Penjanaan Konten

Penjimatan Masa: AI boleh membantu mengurangkan jumlah masa yang anda habiskan untuk menjana konten. Ini kerana teknologi AI boleh menjana kandungan secara automatik berdasarkan set parameter yang anda berikan.

Kos rendah: Jika anda memiliki perniagaan, sudah tentu anda akan fikir mengenai kos betul tak? Salah satu faedah utama menggunakan AI untuk menjana kandungan ialah kos. AI ialah pilihan yang jauh lebih murah daripada mengupah pasukan penulis atau pereka.

Penjanaan idea konten:Selain menjana konten, teknologi AI menjadi pilihan kerana ia juga boleh menjana idea yang berkemungkinan besar tidak diterokai. Ini kerana AI boleh mengimbas sejumlah besar data dengan cepat dan mengenal pasti corak yang tidak dapat dikesan oleh manusia.

Penggunaan kata kunci dalam konten AI boleh kelihatan palsu dan “stuffing” jika tidak digunakan dengan betul.

Source: Freepik

 

Macam Best….Adakah Teknologi AI Mempunyai Risikonya Tersendiri?

Eh, mestilah ada. Anda perlu ingat bahawa AI membantu menjana idea kandungan, bukan kandungan. Kandungan yang dijana AI BUKAN ASLI! Ini kerana ia bergantung pada data sedia ada untuk menjana idea. Ini bermakna jika anda tidak berhati-hati, kandungan yang dijana AI anda mungkin sangat serupa dengan orang lain yang menggunakan teknologi AI juga.

Di samping itu, memandangkan teknologi ini masih dalam peringkat awal pembangunannya, sentiasa ada risiko sesuatu yang tidak kena. Kita perlu ingat bahawa AI dikuasakan oleh algoritma, bukan manusia!

Satu lagi kelemahan yang datang dengan kandungan yang dijana AI ialah kualiti kandungan yang dijana. Mengikut perkembangan terkini, AI masih belum dapat menjana kandungan berkualiti tinggi. AI bergantung pada data sedia ada untuk menjana idea kandungan anda. Jadi, jika data yang anda guna untuk menjana kandungan anda adalah berkualiti rendah, maka secara semula jadi, kandungan yang dijana AI anda akan begitu juga.

Dengan strategi pemasaran yang betul, perniagaan anda tidak perlu bergantung pada teknologi AI semata-mata.

Source: Unsplash

Google Tidak Menyukai Konten Dijana AI?

Sudah tentu penjaan konten menggunakan AI mudah tetapi adakah Google tidak menyukai konten dijana AI pada saturasi tinggi? Secara ringkas, Google boleh mengenal pasti konten yang dijana AI kerana algoritma Google semakin bijak dalam mengesan kandungan yang teknologi AI. Sama ada ia ditulis oleh AI atau manusia, Google dapat mengesan kualiti kandungan.

Untuk terus menggalakkan kandungan asli dan berkualiti, Google baru-baru ini mengeluarkan garis panduan komuniti yang menyatakan bahawa mereka menganggap kandungan bertulis AI sebagai spam. Jika anda ingin menggunakan AI untuk menjana konten, penting untuk ingat bahawa kualiti konten yang anda jana adalah kunci untuk mendapatkan tempat di Google SERP. Google akan dapat mengesan sama ada kandungan itu ditulis dengan baik dan bermaklumat. Jika tidak, laman web anda boleh dikenakan penalti.

Sebelum anda menggunakan AI untuk mencipta dan menulis kandungan, anda perlu pertimbangkan risiko dan faedah dan tentukan sama ada terdapat keperluan untuk kandungan yang dijana AI. Jika AI adalah cara untuk pergi, pastikan data anda berkualiti tinggi. Ini akan memastikan kandungan yang dihasilkan juga berkualiti tinggi. Dengan menggunakan AI untuk setiap konten, bukan sahaja pengguna anda akan muak, namun konten yang dijana mempunyai risiko untuk berulang.

Dengan bahan yang dijana AI, anda mungkin berfikir bahwa tidak ada keperluan untuk pemeriksaan peniruan, tetapi sebenarnya, untuk konten AI lah, anda perlu lakukan pemeriksaan ini secara teliti. Kandungan yang dijana AI boleh sangat serupa dengan kandungan sedia ada, jadi lakukan usaha untuk memastikan kandungan anda adalah asli, tepat dan berkaitan. Akhir sekali, semak semula dan perbaiki algoritma AI anda dengan kerap. Cara AI berfungsi semata-mata bergantung pada “pesanan” anda, yang bermaksud jika tiada kemas kini pada algoritmanya, tiada peningkatan dalam outputnya.

Teknologi AI SEO Bersama Primal Digital Agency Malaysia

Uish, mesti anda keliru kan, dengan risiko dan kebaikan menggunakan teknologi AI? Anda perlu ingat, SEO boleh berkesan hanya dengan konten bermutu tinggi. Jika anda masih keliru, apa kata serahkan tangungjawab SEO ke Primal Digital Agency Malaysia.

Bukan sahaja kami boleh cipta konten yang tepat untuk berkomunikasi pengguna anda secara berkesan, namun pasukan anda menggunakan teknologi AI dan kepintaran SEO untuk memastikan perniagaan anda rank di muka pertama Google.

Hubungi kami untuk konten menarik, berkualiti, tepat dan mesra SEO!