Ingin Memasarkan Produk Di Facebook? Facebook Ads Lah! Apa lagi?

Antara alat pemasaran digital paling “panas” sekarang ialah pengiklanan rangkaian media sosial. Facebook (FB), yang telah wujud sejak Februari 2004, adalah antara platform media sosial yang mampu membawa manfaat yang boleh dibawa kepada perniagaan melalui pengiklanan & pemasaran.

Pada tahun 2020, bilangan pengguna Facebook dijangka mencecah 1.69 bilion di seluruh dunia (Statistica.com), dengan 1.66 bilion daripada pengguna tersebut melog masuk ke platform sosial tersebut setiap hari. Angka-angka ini sahaja menjadikan Facebook platform unggul untuk pengiklanan atas talian. Sudah pasti lah, semua bisnes nak belajar macam mana nak set up Facebook ads kan?

Apa itu Facebook Ads & Bagaimana Ia Berfungsi?

Menurut laman Facebook Ads for Business, pengguna boleh menentukan cara atau jenis kempen yang mereka ingin menggunakan di platform pengiklanan FB.  Mengikut pilihan mereka, iklan mereka di Facebook akan didedahkan seperti berikut:

  • Boleh muncul di feed berita pengguna pada platform desktop dan mobile
  • Boleh muncul dengan berita yang berkaitan dengan aktiviti sosial, seperti halaman likes atau halaman komuniti
  • Boleh disesuaikan mengikut sasaran demografi tertentu.

Paid Facebook Ads atau iklan Facebook berbayar berfungsi dengan membolehkan perniagaan atau individu mendedahkan iklan yang di Facebook dan/atau Instagram untuk mencapai audiens spesifik. Proses ini biasanya melibatkan langkah-langkah berikut:

  1. Membuka akaun Facebook Ads: Anda boleh membuat akaun di Facebook Ads Manager dan menghubungkannya dengan halaman Facebook atau akaun Instagram anda.
  2. Memilih objektif kempen: Ini adalah matlamat yang ingin dicapai dengan iklan anda, antaranya meningkatkan kesedaran jenama, meningkatkan leads atau meningkatkan jualan.
  3. Menentukan audiens sasaran: Anda boleh memilih pelbagai jenis sasaran untuk mencapai audiens tertentu berdasarkan demografi, minat, tingkah laku, cara hidup, dan lain-lain.
  4. Menetapkan anggaran dan jadual iklan anda: Anda boleh menetapkan anggaran bajet harian dll dan memilih tarikh dan masa iklan anda akan dipaparkan.
  5. Mencipta iklan anda: Anda boleh memilih daripada pelbagai format iklan, seperti gambar, video, kumpulan gambar atau cerita, dan menyesuaikan teks iklan dan bahan kreatif anda untuk menjadikannya menarik dan relevan kepada audiens anda.
  6. Melancarkan iklan anda: Setelah itu, anda boleh meninjau dan meluluskan iklan anda – anda boleh menghantarnya untuk ditinjau dan menunggu kelulusan daripada Facebook untuk mengelakkan masalah pada masa hadapan. Setelah diluluskan, iklan anda akan diterbitkan dan mencapai audiens sasaran anda.
  7. Memantau dan mengoptimumkan prestasi iklan anda: Anda boleh menjejaki metrik pemasaran seperti jumlah impressions, klik, conversions, dan ROI, dan adjust sasaran iklan anda, anggaran bajet atau bahan kreatif untuk meningkatkan lagi prestasi kempen.

Kempen Iklan FB Yang Efektif!

Sebelum anda fikir mengenai apa itu Facebook ads, perkara yang paling penting yang anda pelu tahu dulu ialah bagaimana nak menentukan sasaran demografi anda. Banyak aspek yang bergantung kepada sasaran anda, termasuklah objektif strategi pemasaran anda. 

Untunglah Facebook ada menyediakan alat perancangan atau planner yang direka untuk membantu menetapkan objektif tersebut. Alat perancangan ni memberi fokus kepada kesedaran dan penjangkauan jenama. Jangkauan boleh ditetapkan pada peringkat tempatan, kebangsaan atau global bergantung pada matlamat pemasaran anda. Dalam proses penciptaan kempen FB yang hebat, terdapat beberapa pointer yang anda perlu ingat, seperti:

Dengan kata lain, Facebook ads mungkin taktik terbaik untuk mendalami tingkah laku pelanggan anda

Source: Unsplash

Fasa-Fasa Pelancaran Kempen

Dalam pembinaan kempen FB, terdapat beberapa fasa yang anda perlu ketahui untuk pelancaran kempen yang sistematik: 

1. Fasa kesedaran

Fasa yang pertama untuk membina kesedaran tentang perniagaan anda dengan menarik perhatian pelanggan atau prospek melalui konten menarik dan berkaitan dengan khalayak sasaran. 

2. Fasa pendidikan 

Membolehkan anda mengajar followers tentang mengapa jenama anda pilihan terbaik, Anda perlu mempromosikan ciri dan faedah unik produk atau perkhidmatan anda untuk membina kepercayaan jenama anda.

3. Fasa engagement

Pada fasa ini, anda akan dapat memupuk hubungan yang lebih mendalam untuk membina kepercayaan dalam kalangan khalayak anda. Anda juga boleh menggunakan bahan kreatif yang mempunyai mesej penghargaan kepada pelanggan anda. Ini boleh dilakukan dengan memupuk penglibatan followers jenama anda seperti mengadakan pertandingan atau giveaway. 

4. Fasa membeli 

Fasa ini masa untuk memberi khalayak anda dorongan untuk membeli produk atau perkhidmatan dengan memberikan tawaran istimewa dan diskaun. Anda juga boleh menggunakan maklumat yang diperoleh daripada fasa sebelumnya untuk menawarkan promosi yang lebih menarik. 

Nak tahu lebih lanjut? Anda boleh baca mengenai fasa-fasa pemasaran Facebook di blog kami ni!

Jenis Objektif Iklan FB

Apabila melakukan sebuah kempen iklan Facebook, pengguna akan diminta untuk memilih salah satu daripada objektif yang dah disediakan. Sebagai contoh:

  1. Objektif Kesedaran: Objektif ini dianggap sebagai “top sales funnel” dan digunakan untuk menimbulkan minat daripada audiens yang luas tapi yang berkaitan.
  2. Objektif Pertimbangan: Dianggap sebagai “middle sales funnel” dengan tujuan untuk menukar prospek menjadi pelanggan. Anda boleh melaksanakan kempen ini dengan mengumpul maklumat hubungan mereka untuk tujuan pemasaran.
  3. Objektif Penukaran: Juga dikenali sebagai conversion objective, ini dianggap satu jenis objektif yang menyasarkan “bottom sales funnel”. Ia dikaitkan dengan tindakan pemasaran yang mendorong pelanggan melakukan aksi-aksi tertentu seperti pendaftaran sebagai member, memuat turun app, membuat pembelian, opt-in, dan sebagainya.

Mulai dari umur satu hingga sekarang, FB ads akan kekal penting untuk bisnes!

Source: Freepik

Peraturan & Garis Panduan Platform FB

Semudah-mudah FB ads ni, banyak juga peraturan yang anda perlu ikut untuk mengelakkan akaun anda tidak disekat oleh FB. Sebagai contoh, FB tidak membenarkan iklan yang mengelirukan atau “misleading”. Selain itu, iklan video yang menggunakan muzik yang dilindungi hak cipta mungkin akan disekat. Facebook menyenaraikan peraturan dan garis panduan pengiklanan di platform tersebut untuk kemudahan semua pengguna, jadi make sure anda baca betul-betul!

Masih confuse? Primal Malaysia Boleh Bantu!

Walaupun Facebook menyediakan alat yang membolehkan pemilik perniagaan membuat kempen iklan Facebook sendiri, menggunakan khidmat bantuan syarikat pemasaran atau agensi pengiklanan Facebook yang sudah lazim dengan kempen pengiklanan platform media sosial adalah pelaburan yang bijak untuk pemasar FB kali pertama. Agensi social media di Malaysia yang berpengalaman boleh membantu memaksimumkan kempen iklan Facebook anda sekaligus membuahkan hasil yang ketara.

Pilihlah agensi tersohor seperti Primal Digital Marketing Agency! Sebagai sebuah digital agency di Malaysia, kami mempunyai segala kepakaran untuk melancarkan kempen FB yang berjaya. Hubungi kami hari ini!