Nak Post Social Media Jadi Viral? Post Pada Waktu Sesuai!
Dalam era digital ini, pemasaran media sosial menjadi salah satu perkhidmatan utama untuk agensi pengiklanan di Kuala Lumpur. Pemasaran media sosial ialah cara yang sangat berkesan untuk menjangkau audience yang besar, tetapi anda perlu tahu bila waktu yang sesuai untuk post konten sosial media untuk menjadi viral.
Waktu Sesuai Post Social Media Viral (The Best Time To Post On Social Media)
Source: Unsplash
Sama ada anda mempunyai side hustle atau membantu pelanggan, mempunyai jadual yang baik untuk setiap platform media sosial adalah penting, supaya anda dapat mencapai target audience anda.
Jika anda seorang pemasar digital di Malaysia, adalah penting untuk mengetahui masa terbaik untuk post kerana negara ini mengutamakan pengguna telefon. 96.4% daripada pengguna internet Malaysia mengakses web melalui telefon pintar, walaupun di awal pagi.
Aplikasi media sosial adalah salah satu aplikasi internet yang paling mudah diakses untuk mendapatkan maklumat dan berhubung dengan orang lain. Jadi, tak hairan lah kalau kejayaan jenama anda akan bergantung pada pemasaran media sosial yang best!
Statista.com menganggarkan bahawa pada 2022, terdapat 20.56 juta rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi media sosial – iaitu 89% daripada populasi Malaysia (pada 2016, hanya 62% daripada populasi adalah pengguna media sosial). Tambahan pula, rakyat menggunakan aplikasi media sosial selama kira-kira 3 jam sehari.
Menjelang 2025, dianggarkan terdapat 30.4 juta pengguna media sosial di negara ini. Oleh itu, mencapai market atau pasaran online ini adalah sangat penting untuk seorang digital marketer.
Kami tahu ia mungkin rumit, jadi rujuklah panduan waktu-waktu sesuai ini untuk post di media sosial untuk mendapatkan  reach dan impak yang paling ons:
Table of Contents
Waktu Sesuai Untuk Post Social Media Viral
Waktu Sesuai Untuk Post Di Facebook (The Best Times To Post On Facebook)
Source: Unsplash
Facebook boleh dikatakan salah satu aplikasi media sosial yang paling banyak digunakan di Malaysia – terdapat seramai 24.31 juta pengguna di negara ini setakat Februari 2022.
Untuk perniagaan dan pemasar digital, online presence di Facebook adalah penting untuk mencapai target audience kerana 24.31 juta pengguna ini mewakili semua jenis individu daripada pelbagai golongan pendapatan. Ini termasuk ibu bapa, pemilik rumah, golongan muda, dan orang dewasa dengan pendapatan boleh guna yang lebih besar.
Analisis media sosial Sprout Social melaporkan bahawa masa terbaik untuk post di Facebook untuk mengambil kesempatan trafik target audience ialah antara 9 pagi- 1 tengah hari pada hari Selasa, Rabu dan Jumaat.
Anda boleh mempertimbangkan melangkau posting pada hari Sabtu dalam kalendar media sosial anda, kerana ia melaporkan engagement rate paling rendah.
Tanpa kira masa, ia masih memberi manfaat untuk post di Facebook, kerana ia kekal sebagai platform media sosial global yang paling popular yang menarik engagement daripada para pengguna sepanjang masa.
Tetapi, hari minggu, waktu petang dan awal pagi dilaporkan mempunyai engagement yang paling konsisten.
Waktu Sesuai Untuk Post Di Instagram (The Best Time To Post On Instagram)
Source: Unsplash
Aplikasi ini bermula sebagai platform perkongsian foto yang menyeronokkan. Tetapi, Instagram sudah berubah menjadi platform multi-functional dengan banyak ciri menarik untuk eCommerce.
Di Malaysia, Instagram mempunyai potensi pengiklanan atau ad audience reach sebanyak 15.5 juta orang, atau 47.2% daripada populasi negara.
Meninjau beberapa tahun kebelakangan ini, Instagram telah menyaksikan peralihan beransur-ansur ke eCommerce, dengan kemas kini aplikasi seperti Instagram Shopping, algorithmic feed, dan lain-lain.
Menariknya, walaupun pengguna Instagram di Malaysia lebih muda, terdapat trend peningkatan ‘Insta-Gran’ – iaitu pengguna berumur 55 tahun – 65 tahun.
Lebih separuh daripada pengguna Internet Malaysia dalam kumpulan umur ini mula beralih ke Instagram sebagai platform pilihan mereka. Â
Instagram adalah salah satu platform yang paling penting sekiranya anda ingin menjangkau golongan wanita (56.4% daripada jumlah ad reach adalah wanita).
Masa terbaik untuk post di Instagram untuk engagement tinggi ialah pada hari Selasa antara 11 pagi dan 2 petang dan Isnin hingga Jumaat pada pukul 11 ​​pagi.
TikTok
Waktu Sesuai Untuk Post Di TikTok (The Best Time To Post On TikTok)
Source: Unsplash
TikTok merupakan platform yang paling cepat berkembang. Pelbagai video kreatif dibuat dan di repost oleh pengguna.
Ia adalah platform dengan pelbagai jenis konten, dari konten pendidikan yang serius kepada parodi hiburan yang sungguh lawak.
TikTok mempunyai kira-kira 4 juta pengguna di Malaysia. Kebanyakannya pengguna berumur bawah 30 tahun, manakala 41% adalah antara 16-24 tahun.
Populariti TikTok yang semakin meningkat dalam kalangan anak muda Malaysia menjadikannya platform pemasaran yang patut diberi fokus, terutamanya jika anda mempunyai jenama fesyen atau kecantikan dengan mesej yang ingin disampaikan kepada pengguna tiktok wanita muda Malaysia.
Secara keseluruhan, 56.8% pengguna TikTok Malaysia adalah wanita – kategori konten yang paling poplar pula ialah konten Fesyen dan Kecantikan.
Jenama harus mengkaji dan menggunakan hashtag viral di platform ini untuk lebih mendapat manfaat terutamanya pada tempoh perayaan Malaysia. Laporan menunjukkan hashtag yang berkaitan dengan tempoh perayaan mendapat lebih satu bilion views di Malaysia.
Walaupun ia bukan platform terbesar (lagi), lagi baik anda menyertakan TikTok di dalam tawaran servis media sosial anda awal-awal. Ingat kan apa yang berlaku kepada platform Facebook 9 tahun yang lalu? Mula-mula ramai yang meremehkan impak Facebook tapi sekarang ia merupakan platform media sosial dengan global engagement yang paling tinggi.Â
So, apa lagi? Post lah di TikTok, ok? Masa terbaik untuk post dilaporkan antara 6 pagi – 10 pagi dan 7 malam – 11 malam, pada hari Selasa, Khamis, dan Jumaat.
Jadual Terbaik Untuk Posting Sosial Media
Anda boleh cuba mencari tips-tips di luar sana, tetapi masa terbaik untuk post konten perniagaan unik anda masih akan berbeza.
Ia bergantung pada keperluan bisnes anda. Adakah anda cuba meningkatkan kesedaran atau menjual barang? Adakah anda sebuah restoran atau syarikat fesyen? Terdapat banyak faktor – apatah lagi trend media sosial – untuk dipertimbangkan.
Oleh itu, sedikit testing dan kajian analitik boleh membantu anda pada jangka masa panjang.
Strategi yang agak bijak ialah kadangkala melawan arus dan post pada waktu yang tidak begitu popular, jadi anda menghadapi kurang persaingan untuk engagement dengan bisnes yang lain, terutamanya untuk post yang bertujuan untuk mendidik atau meningkatkan kesedaran. Anda keliru? Bincangkan sahaja dengan sebuah social media agency di Malaysia seperti Primal Malaysia.
Tips Untuk Bermula Di Sosial Media:
1) Jejaki Online Trafik Anda
Sediakan tracking untuk menganalisis pengguna yang melawat media sosial anda.
2) Semak Bila Audience Anda Paling Aktif
Gunakan analisis data media sosial untuk mengetahui tabiat penggunaan followers anda dan waktu mereka aktif atas talian untuk memastikan lebih ramai followers anda akan melihat post yang dikongsikan.
3) Kaji Post Yang Berprestasi Dari Masa Lalu
Lihat laporan impressions anda yang disediakan oleh platform media sosial.
Apakah jenis post yang popular? Berapa kali ia diterbitkan? Ini boleh memberi anda panduan masa terbaik untuk post pada masa hadapan.
4) Menyelidik, menyelidik, menyelidik!
Perhatikan post social media influencer di Malaysia dan pesaing anda (jangan risau, ia bukan cheating!) untuk melihat cara mereka memasarkan barangan mereka di media sosial.
Menggunakan tool-tool analitik media sosial yang boleh dimuat-turun online, anda boleh mendapatkan insights tentang posting berprestasi tinggi mereka dan melihat masa-masa posting mereka.
Pemasaran media sosial adalah rumit, tetapi dengan bantuan pakar daripada Primal Digital Marketing Agency Kuala Lumpur, kami boleh membantu memulakan strategi media sosial perniagaan anda dan juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti ads di Facebook, Instagram dan banyak lagi!
Join the discussion - 0 Comment