Penting Ke Social Media Influencer Marketing?

Kalau anda seorang pengguna Internet dan pernah mencari review online untuk sesuatu produk atau perkhidmatan, anda mesti sudah pernah dipengaruhi influencer marketing.

Mungkin anda berasa influencer marketing ni tak penting dan anda pandai membuat penilaian sendiri tanpa pengaruh influencer – tapi cuba fikir balik. Ada tak review-review online yang anda kurang pasti sama ada opinion mereka tu tulen atau branded content?

Haaaa, inilah impak influencer marketing yang berkembang di Malaysia. 

Mungkin bukan semua review ditulis oleh seorang yang dilabel influencer pada interpretasi anda, atau seorang yang menepati ciri-ciri seorang influencer yang biasa. Tetapi sebenarnya, influencer marketing ni boleh datang dalam pelbagai jenis bentuk.

Dalam artikel ini, pakar di Primal Malaysia akan menjelaskan kepentingan influencer marketing dan social media marketing kepada perniagaan, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana. Tapi sebelum tu…

Apakah maksud influencer marketing

Influencer seorang yang mempengaruhi fikiran atau pendapat orang lain melalui platform tertentu sepeti media sosial Instagram atau Facebook.

Mereka terdiri daripada micro influencers, macro influencers dan nano influencers tapi semuanya memiliki pengaruh dalam masyarakat atau dalam sesuatu khalayak. Senang cakap, mereka trend setter berskala kecil atau besar untuk pengikut-pengikut mereka.

Influencer marketing pula satu strategi pemasaran yang bekerjasama dengan seorang atau beberapa influencers untuk melakukan promosi, menjayakan campaign, dan sebagainya dengan menggunakan branded content untuk mencapai objektif bisnes yang telah ditetapkan. 

Influencer marketing ini mungkin berbentuk endorsement, campaign media sosial seperti instagram stories dan posting, ataupun video-video pendek yang diupload seperti review, unboxing product, video kelakar dan sebagainya.

Lazimnya, influencer marketing dapat memanfaatkan pemilik brand biasa-biasa supaya mereka pun mampu menjangkau target audiens yang diingini lebih lebih luas dengan hanya satu bayaran, tapi sekarang ni ada influencer yang meminta bayaran fi yang sangat tinggi.

Jadi anda kena tahu influencer yang sesuai dan niche mereka supaya anda dapat menyasarkan kempen pemasaran dengan lebih efektif.

Ramai responden survey  Influencer Marketing Benchmark melaporkan pemasaran menggunakan influencer sangat berkesan, kreatif, dan efektif. Pic by: Pexels.

Mengapa Bisnes Perlu Menggunakan Influencer Marketing?

Menurut laporan Influencer Marketing Benchmark terbitan Influencer Marketing Hub, industri influencer marketing akan mencapai nilai $21.1 Billion pada tahun 2023.

Laporan tersebut juga menyatakan ramai responden survey mereka melaporkan pemasaran jenis ini sangat berkesan, kreatif, dan efektif. Memang rugilah kalau anda tak memanfaatkan strategi ni.

Terdapat beberapa kebaikan menggunakan influencer marketing platforms dalam strategi pemasaran anda, sebagai contoh:

1) Influencer Membantu Meningkatkan Brand Awareness

Menggunakan khidmat social media influencer untuk memasarkan jenama anda dapat membantu meningkatkan brand awareness kerana anda semestinya anda dapat menjangkau khalayak dan potential customers yang agak luas – semua pengikut aktif mereka guarantee akan disiarkan iklan atau review produk dan perkhidmatan jenama anda.

Pengikut-pengikut setia mereka juga mungkin terpengaruh untuk membeli barang dan perkhidmatan anda kerana mereka percaya review positif influencer (contohnya, video review yang ringkas dan lebih personal) yang anda pilih. Khalayak anda menjadi sangat berkualiti dan kemungkinan tinggi, lebih terkesan dengan konten yang disiarkan tentang jenama anda. Semakin ramai yang akan view konten anda.

Ok, kita guna contoh video TikTok tentang produk kecantikan – seorang influencer menunjukkan cara-cara penggunaan produk tu dalam satu make-up tutorial kepada pengikut setianya. Kalau anda pengikut yang minat influencer tersebut, sudah pastilah video tersebut akan menarik minat anda, betul tak?

2) Influencer Memberi Untung Jangka Panjang

Tak kisah la influencer marketing platform yang digunakan atau jenis konten yang disiarkan, penggunaan influencer campaign mampu membantu anda mencapai engagement dan reach yang berkualiti dan luas pada jangka masa panjang terutamanya sekiranya anda menjadikan influencer tu sebagai ambassador jenama anda. 

Mereka akan menjadi beacon ataupun muka kepada produk dan perkhidmatan anda dan nama mereka akan dikaitkan dengan bisnes anda, jadi anda kena lah pilih baik-baik.

Anda boleh menghantar koleksi-koleksi baru atau menawarkan perkhidmatan anda secara percuma untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian influencer tersebut. 

Influencer tu pula akan mempromosikan anda sebagai pilihan jenama mereka untuk sesuatu aktiviti atau perkhidmatan kepada pengikut setia mereka, sekaligus meningkatkan visbility dan penjualan bisnes anda.

Tak kira la produk ke perkhidmatan ke, jenama pilihan influencer pasti akan mendapat sambutan yang baik. Pic by: Pexels.

 

3) Membuat Produk Anda Jadi Centre of Attention

Memang dah jadi fakta biasa – social media influencers dengan jumlah pengikut yang ramai sudah pasti menarik perhatian orang ramai, terutamanya pengguna media sosial dan app atas talian yang lain.

Tak kira produk ke perkhidmatan ke, jenama pilihan mereka pasti akan mendapat sambutan yang baik – dah tu, mereka kan trend setter

Oleh itu, kolaborasi dengan influencer salah satu cara terbaik untuk memperkenalkan produk dan membuat produk anda centre of attention atau pusat perhatian dalam niche anda.

Ingat! Anda perlu memastikan influencer yang anda pilih mempunyai prinsip dan imej yang memang sesuai dengan brand anda. Contohnya, kalau anda ingin mempromosikan kasut track shoe, anda mestilah berkolaborasi dengan influencer street fashion atau hypebeast.

4) Meningkatkan Kredibiliti dan Kepercayaan

Influencer merupakan thought leader – maksudnya mereka sangat dipercayai oleh pengikut mereka. Jadi, kalau anda berkolaborasi dengan seorang influencer yang megah mempromosikan produk anda, sudah pasti pengikut mereka pun senang percaya testimoni positif mereka, walaupun mereka mungkin dibayar satu fi. 

Namun, terdapat ramai influencer sekarang yang hanya akan review atau feature suatu brand kerana dia betul-betul percaya dengan brand tersebut, jadi testimoni mereka memang boleh dipercayai. 

Tak kisahlah testimoni tu genuine ataupun dibayar, yang pasti, bisnes anda akan mendapat visibility melalui kaedah ini.

Sudah menjadi fakta lazim yang ramai Generasi Milenial dan Gen-Z memang gemar di media sosial. Pic by: Pexels.

5) Menghubungkan Anda dengan Generasi Milenial dan Gen-Z

Sudah menjadi fakta lazim yang ramai Generasi Milenial dan Gen-Z memang gemar di media sosial. Banyak kajian melaporkan seramai setengah daripada kategori pengguna atas talian Gen-Z menggunakan media sosial sekurang-kurangnya 4 jam setiap hari.

Sememangnya influencer marketing memang berguna sekiranya perniagaan anda menyasarkan golongan ini untuk produk atau perkhidmatan anda.

Pilihlah influencer yang lawak atau aktif, yang mempunyai follower base yang terdiri daripada golongan milenial atau Gen-Z kalau anda ingin menyasarkan generasi-generasi muda! Adjust lah brand messaging anda sikit supaya menepati citarasa mereka.

Memang banyak manfaat influencer marketing ni. Tapi kadang-kadang boleh keliru juga, terutamanya sebab memang ramai influencer di Malaysia yang anda boleh pilih.

Followers dan vibe mereka pun lain-lain. Kalau anda penat nak research, hubungi lah Primal Malaysia.

Kami ada pakar-pakar pemasaran digital yang memang power dalam hal-hal ni. Kami juga menawarkan khidmat SEO dan PPC advertising untuk membantu perniagaan anda membina strategi pemasaran digital yang komprehensif. Apa tunggu lagi? Hubungi kami – Primal digital marketing agency Malaysia – untuk dapatkan proposal percuma sekarang!